KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS berikrar dengan lafaz wala’ akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menawan Terengganu dan kembali buat kali ketiganya, memerintah negeri ini.
Himpunan Mujahidah Serikandi Perjuangan yang diadakan Sempena Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu bertekad menjayakan misi tersebut.
Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustazah Shamsiah Abu Bakar menekankan, seluruh jentera lebih fokus, dengan membulatkan kerja melalui ‘wehdatul amal’.
Katanya, ia amat penting kepada sayap kiri PAS itu hidup bersama masyarakat.
“Saya hendak tekankan pentingnya ‘Wehdatul Amal’, kebersamaan dalam membuat kerja-kerja kebajikan dan kebaikan. Gunakan kesempatan pada bulan Ramadan nanti sebagai bulan untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat.


Menurutnya, PAS Terengganu menjadi harapan rakyat dan PAS seluruh negara untuk melihat negeri ini kembali ditawan oleh parti Islam.
“Kita menjadi harapan rakyat dan PAS seluruh negara untuk kita kembali memerintah di Wisma Darul Iman. Sejarah kita (PAS) pernah memerintah dua kali dan kali terakhir pada tahun 1999 hingga 2004.
“Jadi untuk kembali ke Wisma Darul Iman, PAS Kawasan Kuala Terengganu mesti mengekalkan kemenangan di empat Dun dan satu Parlimen.
“Walaupun, DUN Bandar atas kertasnya milik PKR sebelum ini tetapi sedia maklum hakikatnya yang bekerja, yang bertugas memenangkan calonnya adalah dari PAS.


Ustazah Shamsiah menegaskan akan mengembleng tenaga jentera muslimat semaksima mungkin bagi membantu kemenangan PAS pada PRU14.
“Insya’Allah, muslimat akan bantu PAS Kuala Terengganu untuk mengekalkan lima kerusi itu. Ameerah, Nisa’ dan Briged kita (muslimat) boleh mengemblengkan tenaga semaksima mungkin bagi membantu kemenangan PAS.
“Pastikan pengundi wanita muda menyokong PAS pada PRU14, tidak lama lagi. Pada pilihan raya akan datang 70 peratus pengundi muda akan menentukan kemenangan PAS,” jelasnya disambut dengan laungan takbir.




























