Erdogan Konsisten Menyelar Dasar ‘Kejam’ Israel

1947

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menyelar dasar kejam negara haram Israel dan membandingkannnya dengan perkauman dalam sejarah penubuhan Amerika Syarikat dan era ‘aparteid’ di Afrika Selatan.

“Apakah perbezaan di antara perbuatan masakini rejim perkauman Israel dan perkauman? dan politik diskriminasi yang diamalkan terhadap orang kulit hitam pada masa lalu di Amerika,

“dan sehingga masa yang singkat lalu (beberapa tahun lalu) di Afrika Selatan,” kata Erdogan.

Beliau berkata demikian pada hari Isnin 8 Mei pada program di Istanbul, yang memberi focus kepada konflik Timur Tengah.

Erdogan juga mengingatkan Amerika Syarikat agar tidak memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem kerana katanya, ia adalah langkah yang ‘amat salah’.

Beliau turut mengutuk sekatan Israel ke atas Gaza adalah satu tindakan yang ‘tidak ada tempat dalam kemanusiaan’.

Pemimpin Turki itu juga mengkritik undang-undang Israel melalui Knesset, yang akan meletakkan sekatan azan untuk solat.

Erdogan berkata demikian sejurus selepas menteri Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang akan menurunkan taraf bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan menentukan negara haram Israel sebagai ‘rumah kebangsaan orang Yahudi’.

Sebelum ini, pemimpin utama Turki pernah mengecam dasar-dasar Israel terhadap Palestin.

Beliau membandingkan tindakan Israel di Semenanjung Gaza dengan tindakan pemimpin Nazi Adolf Hitler.

“Saya tidak bersetuju dengan apa yang Hitler lakukan dan saya juga tidak bersetuju dengan apa yang Israel lakuakan terhadap Gaza,

“Tidak ada tempat untuk membuat perbandingan tentang yang lebih kejam.” kata beliau ketika satu temu bual yang jarang berlaku, dengan televisyen Israel, November lalu.

Komen Erdogan konsisten terhadap Israel.

Semasa serangan tentera Israel keatas wilayah Gaza pada tahun 2014, beliau menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menegaskan tindakan rejim lebih kejam daripada rejim Nazi.