ALOR STAR – Semua jentera pemuda PAS dikerah menyahut agenda bekerja hadapi plihan raya umum kai ke-14, sebaik pulang dari Muktamar.
Ketua Pemudanya yang baharu , Ustaz Muhammah Khalil Abdul Hadi berkata, sayap kanan parti Islam itu menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus undi orang myda pada setiap kawansan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi PAS.
“masa sekarang adalah masa untuk bekerja……pulang ke kawasan masing-masing kita bekerja di setiap setiap posisi yang kita diamanahkan,
“kita perlu jelans parti yang akan menang PRU akan datang ialah parti mana yang boleh mendekati anak muda,
“kita bukan parti yang bercakap kosong….dengan seluru jentera kita akan turun ke seluruh ceruk kampung mendekati anak-anak muda dengan politik matang dan sejahtera,” tegasnya.
Beliau berkata demikian, sebagai ucapan rasmi sulungnya ketika membuat penggulungan pada Muktamar Pemuda PAS Kali Ke-58 di Kompleks PAS Kedah di sini pada Jumaat 28 April.


Katanya, para Pemuda PAS bertanggungjawab menyelamatkan anak-anak muda Melayu Islam, dengan akidah, amalan dan ibadah mereka.
“Islam lah kamu, nescaya kamu selamat…..Islam penyelesaian kepada segala masalah…… kepada pemuda anak melayu Islam yakinlah….masalah keruntuhan politik, kepimpinan, gejala rasuah, kerosakan akhlak kesempitan hidup dapat diselesaikan dengan Islam,
“(ia adalah) hasil dari kesilapan mereka yang berkuasa, Umno dan Barisan Nasional yang meletakkan dasar dan polisi yang membebankan rakyat,
“dalam masa yang sama mengabaikan kuasa yang diberikan kepada mereka untuk memerintah dengan adil dan saksama,” jelasnya.
Beliau memberi amaran dan tidak mahu, peristiwa ‘Arab Spring’ yang bermula apabila seorang anak muda membakar diri dengan minyak petrol kerana desakan ekonomi dan kesempitan hidup, berlaku di negara ini.
Justeru itu, beliau menyeru seluruh anak bangsa untuk bersama ‘bahtera PAS’ dan ‘non-muslim’ bersama Islam dengan kesaksamaan sistemnya yang dijamin oleh Allah.
“perlaksanaan Islammencaukupi semua aspek kehidupna manusia (sebaliknya) DAP telah menentang semua usaha untuk melaksanakan Islan di negara ini,
“(sedangkan) DAP tidak mewakili semua bukan Islam……orang bukan Islam yang bijaksana di luar sana…..kita seru mereka untuk mengkaji, system Islam yang adil,” tambah beliau




























