‘Pemergian’ Cikgu Hassan Kehilangan Besar Kepada PAS Marang

7728

Oleh : Faizal Ghami dan Zam zam

MARANG – PAS Kawasan Marang menyifatkan ‘permegian’ Allahyarham Cikgu Hassan Jusoh yang meningga dunia pada malam Jumaat sebagai kehilangan besar kepada gerakan dakwah dan politik.

Yang DiPertuanya Haji Yahaya Ali berkata, jawatan terakhirnya sebagai Setiausaha PAS Marang telah dilaksanakan dengan begitu baik sehingga mesyuarat agung Pas Kawasan baru-baru.

“Saya pegang jawatan sebagai Yang DiPertua sejak tahun 2009 dan beliaulah sebagai Setiausahanya……..beliau seorang yang payah menolak kerja Islam,

“sangat jujur dalam melaksanakan tanggung jawab kepada jamaah dan parti serta perjuangan Islam,” jelas Haji Yahaya.

(Allahyarham Cikgu Hassan Jusoh, semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya)

Katanya, Allahraham juga banyak membantu menaikkan imej PAS Kawasan Marang sehingga dan waktu-waktu terakhir dalam kehidupannya.

“beliau terus cuba juga membantu kerja walau pun dalam keadaan kesihatan yang semakin kritikal,

“Apa yang Allahyarham sumbangkan kepada parti tidak ternilai jasanya dan menjadi contoh kepada generasi muda,” tegas Haji Yahaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu juga mengharapkan seluruh keluarga arwah Cikgu Hassan reda bersabar dengan ujian dan mendoakan semoga rohnya dimasukkan dalam kalangan orang yang soleh.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hassan Jusoh.

Ketuanya, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata pemergian Allahyarham satu kehilangan buat jemaah khususnya PAS Kawasan Marang.

“Allahyarham seorang tokoh yang sangat berjasa kepada perjuangan lslam khususnya PAS Kawasan Marang dan menyumbang segala tenaga dan hartanya untuk melihat agama Allah tertegak di bumi Malaysia ini.” Kata beliau ketika ditemui selepas solat jenazah pagi Jumaat.

Menurut beliau lagi, Allahyarham menginfakkan sepenuhnya diri dalam jemaah hingga ke akhir hayat dan kembalinya juga di hari yang penuh keberkatan seterusnya berdoa agar segala amalan diterima oleh Allah.

“Di saat akhir Allahyarham pernah menyebut walaupun saya sakit saya tetap akan berkhidmat untuk perjuangan Islam,

“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat hari yang penuh keberkatan dan keampunan s.w.t serta mudah-mudahan Allah menempatkan bersama-sama dengan annabiyyin, assidiqin ,asyuhada’ assalihin,” katanya

Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS Kawasan Marang selama 12 tahun telah menghembuskan nafas kira-kira jam 9 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Rusila sebelum itu solat jenazah telah diimamkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tujan Guru Abdul Hadi Awang selepas kiliah dhha pada Jumaat.

Turut hadir ialah, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dat’ Mustafa Ali.