Isu RM90 Juta; 25 Jam Sehari SPRM Boleh Siasat

2324

PAS membuka pintu 25 jam sehari untuk siasat dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Dato’ Seri (DS) Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low telah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti atas tuduhan ini maka, jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.

PAS bersetuju dengan SPRM yang mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendaklah melaporkannya kepada pihak SPRM.

Pihak Bank Negara Malaysia juga boleh menyiasat atas transaksi wang yang didakwa masuk ke dalam akaun PAS.

Daripada awal lagi PAS nafi, namun musuh-musuh PAS tetap degil untuk menyebarkan fitnah ini terutama di kalangan masyarakat Cina supaya orang Cina jauh daripada PAS.

Ia adalah kerana difahamkan orang Cina yang berniaga mereka tidak boleh terima, apabila PAS menerima wang daripada DS Najib di dalam keadaan perniagaan bertambah suram.

Saman PAS kepada Sarawak Report sedang berjalan, begitu juga saman kepada Datuk Husam Musa sedang diteliti oleh pasukan peguam PAS.

Mereka yang bermusuh dengan PAS perli, kenapa lambat sangat, saya jawab proses saman memang lambat, yang cepatnya bawa lari kerusi.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
14 Mac 2017