Segala puji bagi Allah swt atas hidayah dan taufiqNya. Ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, NGO, individu di atas satu urusan yang disepakati iaitu Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera.
Ia menjadi sejarah yang dilakar dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam tegak dibumi tercinta ini.
Himpunan yang berjaya mengumpulkan kira-kira 300 ribu warga yang cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara menjadi isyarat yang sangat jelas bahawa :


ii – rakyat mahu Islam diberi peluang perlaksanaannya melalui pemerkasaan syariah untuk memulihkan keamanan negara.
iii – tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam. Justeru Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan kesejahteraan ummah. Menyaksikan ikrar para pejuangnya bersatu di atas kalimah yang sama.
Saya mewakili Jawatan Kuasa Penganjur H355 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Himpunan 355 samada secara langsung atau tidak langsung. Ia menjadi satu detik sejarah bernila tinggi bagi menyaksikan kebangkitan ummat Islam dari pelbagai latar belakang.
Terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada H355.


Penghargaan jua kita kalungkan kepada semua para tetamu istemewa, YB Menteri, Sohibus Samahah Dato Mufti, pemimpin politik, para pemidato, ngo, para dermawan dan semua peserta H355 yang telah menjayakan himpunan bersejarah ini.
Agenda memartabat Islam dan syariatnya, agar ia benar-benar menjadi agama negara mestilah diteruskan momentumnya. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama termasuk rakan-rakan non muslim justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua.
Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera
Nasrudin bin Hassan
Mantan Pengarah Himpunan 355


























