KEMAMAN – Muslimat PAS mestilah sudah mempersiapkan diri untuk turun bekerja bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional, kerana tahun 2017 adalah dijangkan Pilihan Raya Umum Kali ke-14.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, tanpa mengira bilakah ianya akan diadakan, persediaan menghadapinya mestilah mencapai tahap 90% sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
“Kerja-kerja penerangan untuk menjawab isu-isu yang disiarkan melalui pelbagai media massa perlu dilakukan sekarang dan bermula dari bawah,”ujar beliau.


Antara isu utama, kata beliau ialah isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kenaikan harga barang serta harga petrol yang membebankan rakyat.
Selain itu, menurutnya, semua universiti awam kini dalam keadaan yang sangat ‘tertekan’ apabila kerajaan memotong peruntukan tahunan mereka sehingga sehingga 27%.


“Tahun 2016, 16 ribu pelajar remaja mengandung anak luar nikah, undang-undang sedia ada tidak dapat menbendung gejala sosial yang sedang berlaku,
“tidak ada penyelesaian lain kecuali dengan undang-undang Islam dan pindaan akta 355 yang dicadangkan adalah (hukuman) tiga tahun penjara kepada 30 tahun, denda daripada RM300 kepada RM1000, dan hukuman rotan kepada 100 rotan sebatan,”jelas beliau kepada perwakilan dan pemerhati yang hadir.





























