Pelbagai Acara Menarik Dan Istimewa Menanti Pengunjung HAMRA 1.0

2041

Oleh : Sumaiyyah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Pelbagai aktiviti menarik dan istimewa bakal berlangsung pada Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA 1.0) untuk para pengunjungnya.

Pengarah Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Md Noor berkata, objektif utama himpunan ini ialah untuk melahirkan wanita muda celik dan matang.

“disamping itu kita memberikan kefahaman merungkai cabaran yang dihadapi oleh wanita antaranya pengisian istimewa untuk wanita muda (iaitu) kuliah dhuha,

“yang betajuk “Muslimat, Mudahnya ke Syurga” disampaikan oleh Ustaz Kamal Ashaari,”ujarnya yang menambah, Himpunan juling-julung kali itu akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Ia akan disusuli, kata beliau, dengan ‘talkshow’ yang membawa ‘Inspirasi Usahawan Wanita Muda, akan membuka minda para peserta dan pengunjung, bagaimana mahu menjadi peniaga berjaya.

Selain itu, katanya, acara ‘Pentas Muzikal’ akan menampilkan artis dan selebriti tempatan serra pejuang.

“Pengisian menarik juga dalam HAMRA 1.0 ialah ‘Chit Chat’ Anak Muda di mana kita menjemput Taiyuddin Bakar dan seorang lagi iaitu Musa an-Nuwayri, Pengasas Tangisan Syria di Bumi Jordan” ujar beliau, semalam 8 Februari.

Sehubungan itu, Zuraida yakin, semua persiapan bagi keperluan penganjuran HAMRA 1.0 berjalan lancar dan siap menjelang Sabtu, 11 Februari, hari himpunan tersebut.

“Menjelang da hari lagi sebelum program, kami pihak penganjur dalam proses persiapan akhir seperti mengemaskini gerak kerja setiap unit dan telah pun memulakan proses persiapan di tapak program.

“InsyaAllah, kita akan mengadakan solat hajat khusus sempena HAMRA 1.0 pada jumaat, selepas Isyak di Masjid Pengadang Baru,”kata beliau lagi.

Justeru beliau menyeru menyeru semua pendokong dan penyokong Islam, termasuk dari cawangan-cawangan Ameerah, hadir beramai-ramai.

“semua wanita muda, dari DUN, kawasan dan negeri, para guru PASTI, guru dan pelajar DAR serta Institut-institut Islam,

“bonda- bonda muslimat dan sahabat-sahabat muslimat muda, seluruh ahli, penyokong dan jentera pilihanraya muslimat muda agar hadir Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA1.0),

“khususnya ke Majlis Perasmian dan Penyerahan Panji yang akan diadakan pada hari Sabtu, jam 10 pagi 11 pagi di perkarangan Masjid Pengadang Baru,”tegas beliau.