AJK Muslimat DUN Kemasik Meninggal Dalam Kemalangan

8016

KEMAMAN – Dewan Muslimat DUN Kemasik kehilangan seorang ahli jawatankuasa yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan, jam 09.50 Rabu malam tadi di tapak Pasar Malam Kampung Baru Kemasik.

Che Wan Mahani Che Wan Mat Noor, 45, yang membonceng motosikal dipandu anaknya meninggal dunia di tempat kemalangan.

Anaknya, Nor Ain bt. Mohd Zaki,17, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Kemaman.

Ketua Dewan Muslimat DUN Kemasik, Norliati Lamshah yang ditemui semasa menziarahi mangsa berkata kemalangan dipercayai berpunca dari sebuah kereta Myvi yang cuba memasuki simpang dan melanggar motosikal dari arah bertentangan.

Beliau meninggalkan suami, Mohd Zaki Mohamad serta tiga anak berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Pengarah MTD Kemasik, Amri Ahmad ketika dihubungi menyifakan arwah sebagai seorang yang komited dengan tugasan jemaah.

“Semasa hayatnya, beliau diberi kepercayaan sebagai guru agama mendidik anak-anak di cawangan” tambah beliau lagi.

Urusan pengkebumian selesai pada pukul 10.00 pagi tadi dan dihadiri ramai sanak saudara, jiran-jiran dan penyokong parti.

Amri Mamat juga dalam kenyataannya mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga arwah dan Dewan Muslimat PAS Kemasik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menziarahi serta hadir di majlis pengkebumian terutamanya kehadiran YDP PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid.