Oleh : DMS
KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Batu Rakit berharap adik Muhammad Hafiz Kurniawan, 6, pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Qamariyyah Pengkalan Atap, cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ketuanya, Ustaz Mohd Shafizi Ismail memohon orang ramai berdoa untuk Muhammad Hafiz yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah.
“kita berasa simpati dengan nasib yang di alami adik ini dan keluarganya dan kita berharap agar mereka bersabar dan reda dengan apa yang berlaku,
“In sha Allah kita pakat-pakat mengadakan solat hajat khas untuk keluarga ini.” katanya selepas melawat Muhammad Hafiz, semalam.
Menurut ibunnya, Fazilawati Binti Dzek, 38, anaknya itu hanya mengalami demam, batuk dan di bawa ke Hospital Salam untuk mendapatkan rawatan pada Sabtu lalu.
Beliau tidak menyangka, tiba-tiba anaknya mendapat sakit ‘apa yang diberitahu’ doktor, jangkitan kuman dan ‘salah ubat’.
“selepas menerima (makan) antibiotik dan ubat (lain) anak (Hafiz) saya berkejar membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana tiba-tiba kulitnya menjadi merah kegelembongan,
“saya tak pasti apa sakitnya……tapi menurut doktor…….. mungkin jangkitan kuman dan salah ubat.” katanya dengan nada sedih, ketika ditemui.
Sehubungan itu menurut Ustaz Shafizi, orang ramai dan jiran sekampung yang berhampiran diharap dapat bersama bermunajat dan solat hajat, memohon Muhammad Hafiz diberikan keringanan dan kesihatan oleh Allah.
“in sha Allah kita akan adakan solat hajat malam ini (semalam) dan kita pohon mereka yang ada kelapangan turut bersama…..yang tak dapat boleh solat dirumah masing-masing,”jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Kerja (SUK) PAS Kawasan Setiu, Alias Mariyon, (Gambar atas) juga sedang mendapat rawatan di hospital yang sama.
Ketika ditemui Shafizi, beliau yang lebih dikenali sebaga ‘Pok Su’ memaklumkan, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan ‘katarak’ mata.






























