

Kemiskinan di negeri Sarawak bukanlah satu tragedi, tetapi ia adalah kegagalan kerajaan Barisan Nasional merancang dasar dan melaksana program.
Penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan agihan kekayaan negeri Sarawak tidak sampai kepada seluruh rakyat.
Kekayaan negeri Sarawak di bolot oleh pemimpin, menjadikan mereka dan kaum keluarga kaya raya tetapi rakyat terus hidup dalam sengsara.
Setelah negara merdeka 53 tahun dan 48 tahun Sarawak bersama Malaysia, masih ramai rakyat yang tidak mendapat menikmati kemudahan asas jalanraya, bekalan air dan elektrik.
Tanah-tanah rakyat dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional, menjadikan rakyat tidak mempunyai apa-apa.
Oleh itu, rakyat Sarawak mesti berubah dan pilihanraya negeri kali ini adalah masa yang terbaik untuk berubah demi masa depan ank cucu dan generasi akan datang.
Justeru, saya Noraini bt Hamzah dari parti PAS yang bertanding mewakili rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk kawasan Dewan Undangan Negeri N15 Muara Tuang, memohon dan merayu kepada seluruh pengundi supaya menolak Barisan Nasional.
Sekiranya saya diberi mandat, InsyaAllah, saya berjanji, akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat dan seluruh pengundi kepada kehidupan yang lebih baik
Noraini Hamzah
Calon PAS Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10
Dewan Undangan Negeri N15 Muara Tuang
http://www.youtube.com/watch?v=wJWDjNC68_M&feature=channel_video_title
http://www.youtube.com/watch?v=4UkHSbGmaHU&feature=channel_video_title
http://www.youtube.com/watch?v=6RGxVCk0zo0&feature=channel_video_title



























