Kebajikan PAS; Warga Emas Bersyukur

1930

Oleh : DMS

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit hari ini meneruskan agenda berkebajikan kepada masyarakat setempat melalui pelbagai sumbangan yang di perlukan.

Semalam, seorang warga emas Ibangi binti Mamat, 63, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PAS DUN Batu Rakit di atas sumbangan kerusi roda yang membolehkannya mudah untuk bergerak melakukan urusan harian.

Beliau menerima sumbangan daripada pengerusi Majlis MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias di rumahnya Kampung Lingai.

“semalam orang PAS datang ziarah,hari ini dapat pulak kerusi roda,syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Ustaz yang bagi kerusi roda ni,” katanya dengan terharu.

Sementara itu Ustaz Nazari ketika di temui selepas agihan kerusi roda itu berkata sudah menjadi amalan bagi pihak DUN untuk membantu mereka yang memerlukan dengan sekadar kemampuan yang ada.

“alhamdulillah, program ziarah berjalan telah lama,dan sekarang setiap hujung minggu kita adakan sehari bagi tujuan ziarah.

“ada yang kita beri bantuan keperluan,bantuan persekolahan,hari raya dan sebagainya dan hari ini sebuah kerusi roda kita beri pada Mek Bangi(Ibangi),”katanya yang di temani oleh wakil cawangan.