Oleh : Solahuddin Al-Idrus
Sana’a, YAMAN – Sudah tiga tahun seorang pensyarah Universiti Sains Dan Teknologi Yaman, menganggur akibat peperangan yang meletus diantara pemberontak Houthi dan Kerajaan
Ali Alhakami, yang mengajar dalam bidang Bahasa Arab berkata, beliau kehilangan punca pendapatan ekoran konflik berpanjangan yang tiada penyelesaian sehingga kini.
Menurutnya, beliau menjadi seorang penganggur kerana Universiti terkenal di Ibu Kota Yaman itu, terpaksa mengurangkan tenaga kerja.
“Saya kehilangan pekerjaan sudah hampir tiga tahun sejak terjadinya perang antara pemberontak Houthi dan kerajaan. Sejak dari itu tiada lagi punca kewangan untuk menampung perbelanjaan seharian keluarga ”
Bahkan, tambah beliau, kini mereka hampir kehilangan semuanya dan hanya menjadikan Allah tempat bergantung harap.


“Sebelum ni saya ada minta kurang bayaran, alhamdulillah..Tuan rumah faham…..,”katanya sedih.
Sementara itu bantuan kebajikan untuk faqir miskin telah dihentikan sejak bermulanya perang.
“Dulu setiap tiga bulan bantuan kebajikan akan sampai kepada keluarga miskin sebanyak YR 20ribu tapi sekarang tiada lagi semenjak berlakunya perang,”ujarnya.
Dalam pada itu, tinjauan wakil KAMI mendapati penduduk daerah Sana’a juga merungut dengan kerajaan yang ada sekarang, kerana mereka yang bekerja di sektor kerajaan tidak lagi mendapat bayaran gaji, sejak hampir enam bulan yang lalu




























