KUALA NERUS – 70 buah keluarga Tionghua yang tinggal di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah menerima kunjungan ziarah sempena sambutan ‘Tahun Baharu Cina’.
Wakil Rakyat DUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau bersama Majlis Tindakan PAS DUN Tepoh meneruskan rutin tahunan itu pada tiga lokaliti utama yang didiami mereka di Mengabang Telipot, Gong Badak dan Kampung Pulai Baru, Bukit Berangan


“Alhamdulillah, sepanjang perjalanan menganjurkan aktiviti ini, pihak kami menerima sambutan yang baik daripada seluruh kaum Tionghoa,
“Malah seringkali mereka mengambil masa bercerita tentang orang tua masing-masing khususnya apabila bertemu penduduk kaum Tionghua yang berasal dari Mengabang Telipot,


Menurut Hishamuddin, agenda tersebut merupakan agenda tahunan untuk terus mendekati dan membawa mesej kebersamaan yang diterapkan oleh PAS.
Malahan, kata beliau, bukan sahaja program agihan limau, beliau turut sama menganjurkan program agihan kuih bulan pada setiap tahun.


“PAS sebenarnya begitu jelas dan konsisten dalam pendekatan yang dipersembahkan kepada rakyat. Kaum selain Melayu tidak didiskriminasikan sama sekali,
“Kelantan wajar dijadikan model sikap yang ditunjukkan PAS (dan) Terengganu di zaman pemerintahan PAS juga sama,


Turut sama dalam rombongan, isteri Ahli Yang Berhormat, Puan Syamilah Sulaiman, Timbalan Pengarah MTD Tepoh, Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DMPKKN, Puan Faridah Osman dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional MTD Tepoh, Tuan Haji Awang bin Yaakob.





























