PAS Lahirkan Pengiring Bermotosikal Profesional

1818

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS melalui Alternative Riding Club (ARC) hari ini melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan 80 anak muda dari seluruh negara menjalani latihan profesional, khusus untuk tugas-tugas mengiring pemimpin.

Menurut Ketua Bahagian Latihan ARC Malaysia, Sazali Mohd Yassin (gambar kanan) , latihan itu sangat penting terutama ketika pilihan raya dan sebarang pogram besar yang tetamu VIP.

Beliau berkata, pogram itu diadakan bertujuan untuk memberikan ilmu berkaitan tugas-tugas seorang pengiring bermotosikal berkuasa tinggi, yang bersama setiap pergerakan pemimpin PAS bagi melancarkan mereka.

“Kita akan melatih peserta dengan dua jenis kemahiran iaitu ‘Marsyal Konvoi’ dan ‘Pengiring Bermotosikal Terlatih’

“serta ilmu-ilmu dari segi teori dan cara mengendalikan motosikal samada dalam bentuk ‘Safety’ dan ‘Advance Riding’ ,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Jumaat 20 Januari, ketika ditemui pada Pogram ARC EXPERT TEAM (XPERT) yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Ismail, Telaga Batin, dekat sini.

Oleh itu, beliau berkata, perkara mustahak yang disanpaikan kepada peserta dari seluruh negara pada sesi latihan selama tiga hari dua malam itu ialah, menunggang dengan selamat.

“yang paling penting sekali yang akan kita ajarkan kepada peserta ialah bagaimana untuk mereka mengiring kenderaan yang dinaiki pemimpin dengan selamat,

“tanpa menyalahgunakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada orang awam sepertimana kuasa yang terdapat pada pihak polis,”ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau berharap, para peserta dapat mengamalkan ilmu berkait, apabila kembali bertugas di tempat masng-masing.

“Saya berharap para peserta pogram ini apabila pulang kenegeri masing-masing dapat mempraktikkan ilmu yang diberikan terutama ketika pilihanraya bagi melancarkan perjalanan pimpinan,”tambah beliau.

https://youtu.be/-Ko7FXEH2IY