Oleh : MNA
KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Teluk Pasu mengorak langkah proaktif dengan mula menggerakkan jentera Pilihanraya Umum (PRU) 14 melalui program Tamrin Qiyadi peringkat Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus.


Kata beliau, walaupun disebalik ura-ura perubahan UPU bagi Dun Teluk Pasu, yang memungkinkan PAS kalah, jumlah kehadiran ini jelas memberikan gambaran bahawa ahli-ahli PAS sangat bersedia dengan pelbagai taktik ‘mengejut’ dari lawan.
Malah tambah beliau lagi, ahli-ahli PAS semakin bersemangat dengan menzahirkan kesungguhan mereka bagi membenamkan Umno sekali lagi dalam PRU akan datang.
“Program kita ini dimulakan dengan bacaan al-Matsurat beramai-ramai sebelum maghrib.


Diikuti dengan ceramah motivasi bagi memberi motivasi kepada petugas-petugas oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, dan majlis akan berakhir setelah selesai qiamullail dan kuliah subuh esok,” jelas beliau.
Dalam pada itu, ceramah motivasi yang disampaikan oleh Yb Ustaz Mohd Nor Hamzah, menekankan empat perkara utama bagi petugas-petugas PAS melaksanakan tugas-tugas mereka.


Beliau berkeyakinan penuh kerusi Teluk Pasu bakal dipertahankan, memberikan keyakinan kepada petugas-petugas bagi terus berjuang dengan membuang kepentingan peribadi bagi kemenangan PAS.
Seramai kira-kira 300 orang petugas PRU Teluk Pasu hadir dalam program yang berlangsung di Masjid Banggol Peradong itu, menyerlahkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kerusi PAS ini bagi kali kedua selepas PRU lalu.




























