PAS Bukit Besi Optimis Untuk Menang

1378

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi beriltizam akan memberikan sepenuh komitmen dan memperkasakan gerak kerja pilihan raya bagi untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengarahnya Naraza Muda berkata, memang sukar untuk memenangi DUN tersebut, namuun ia bukan satu perkara yang mustahil.

“jika sekiranya semua jentera pilihanraya sekarang ini melakukan kerja yang lebih terarah, tersusun dan lebih bersistematik,

“dengan konflik yang melanda dalam negara, penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan Ringgit Malaysia terus merudum jatuh,

“masalah 1MDB yang belum terjawab, kesan GST, kejatuhan nilai saham FGV yang tidak mungkin dapat dipulihkan, begitu memberi kesan kepada penduduk,”ujarnya ketika ditemui.

Tambahan pula, kata beliau, ketibaan tahun baru beriringan dengan percikan bunga api dan rakyat dikejutkan pula dengan kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurutnya, kepincangan pengurusan Felda oleh bekas Pengerusinya memberi impak kepada penduduk kawasan pedalaman terutamanya warga Felda Jerangau yang berada dalam DUN terbabit.

“Dengan masalah pengurusan Felda, tanam semula yang berlaku kelewatan, masalah jualan tunai hasil ladang yang tertangguh, perumahan generasi kedua yang hanya tinggal janji,

“sosial ekonomi dan ketiadaan peruntukan pembangunan sewajarnya menjadikan mereka (warga Felda) tertekan…..akan memberikan kelebihan kepada PAS,”jelas Naraza.

Ketika ditanya adakah pilihanraya akan berlaku pada tahun ini, beliau yang juga Pengerusi GENERASI Terenganu berkata, pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

“Melihat akan suasana sekarang pembubaran parlimen akan berlaku bila-bila masa sahaja dan tarikh pilihanraya akan diumumkan pada tahun ini,”katanya lagi.

Justeru itu, kata Naraza, denagn kedudukan politik pada masa ini, akan berlaku perubahan yang besar pada pilihan raya umum akan datang.

“Melihat kepada senario yang berlaku sekarang, PAS boleh memenangi pilihan raya, anak muda akan melakukan gelombang perubahan yang besar,”tambah beliau yakin.