HARAP 3.5 Pacu Kemenangan PAS Terengganu

2087

Oleh : Ariff Zakaria & MNA

BESUT- Himpunan PAS Harapan Semua Kali Kelima (HARAP 3.5) adalah satu permulaan yang terbaik bagi PAS Kawasan Besut menggerakkan momentum, menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-14.
Yang DiPertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ia akan menjadi pemacu kepada kawasan tersebut bagi meraih kemenangan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada parlimen Besut.

“Program HARAP 3.5 ini adalah mukaddimah yang sangat baik untuk satu gerak kerja dengan satu permulaan di awal tahun dengan diberi laluan kepada Besut untuk menjayakan satu program besar,

“menggambarkan harapan (rakyat) negeri Terengganu sendiri kepada PAS Besut untuk memacu tindakan dan usaha bagi meraih kemenangan di DUN-DUN yang ada di parlimen ini,”tegasnya.

Selain itu, penganjuran HARAP 3.5 juga, kata beliau, adalah satu ‘lompatan permulaan’ (jumpstart) kepada pendekatan yang lebih ‘serius’ bagi merealisasikan hasrat PAS Terengganu mencapai kemenangan pada pilihan raya umum yang akan datang.

Lokasi Tapak HARAP 3.5 5°47’16.3″N 102°33’30.6″E

Beliau berkata demikian keteika ditemui sempena lawatan Pengarah HARAP 3.5, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ke tapak Himpunan di Kampung Padang Baloh, Kampung Raja, di sini pada Rabu, 18 Januari.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan mengakui, kegagalan PAS Terengganu pada PRU13 adalah kerana kegagalan Besut dalam menyumbang kerusi untuk kemenangan.

Oleh itu, beliau berazam, dengan HARAP 3.5 akan membentuk satu pergerakan yang akan memberi impak kepada petugas PAS dan rakyat Besut menghadapi PRU ini dan kemenangan kepada PAS Terengganu untuk kembali memerintah.

“In shaa Alah, harapan kita dengan program HARAP 3.5 ini akan memberi impak yang basar bukan sahaja kepada jentera kita, tetapi juga memberi satu gambaran kepada (kepada masyarakat) tentang kesungguhan untuk mencapai sasaran dan matlamat kemenangan,

“supaya rakyat di kawasan Besut ini memahami bahawa bahawa kita buka sekadar berteori dalam soal kemenangan ini,”jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat akan bersama PAS pada HARAP 3.5 dan PRU akan datang kerana rakyat sudah lama ‘terbuku hati’ terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, selepas pelbagai isu besar berlaku di peringkat nasional dan negeri Terengganu, mereka hanya menunggu masa untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang mengkhianati rakyat.

“sebahagian besar rakyat (merasakan) kerajaan Barisan Nasional ‘double standard’ (mungkir) terhadap janji-janji BN pada pilihan raya yang lalu,

“saya kira mereka sedang menunggu waktu dan ketika untuk menzahirkan (bantahan melaui peti undi),”kata beliau, yakin.