Merujuk cadangan Pengerusi FELDA akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara agresif tahun ini, khususnya hotel dalam usaha menstabilkan aliran tunai, membiayai aktiviti lain serta memulihkan ‘aset bermasalah’ di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).


Kami tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan diatas tindakan mereka sebelum ini membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah sepertimana disahkan oleh Tan Sri Shahrir dengan menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada ‘aset bermasalah’ yang kini dimiliki FIC .
Tan Sri Shahrir juga merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara yang mengesahkan sejumlah wang yang besar terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah seperti mana dilaporkan oleh Asto Awani dengan merujuk kepada laporan Bernama pada 17 Januari 2017 lalu.


FIC juga membeli sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London bernilai RM330 juta. Park City Hotel dengan 62 bilik tetamu dan dua unit servis apatmen tiga bilik tidur yang telah dinamakan semula kepada Grand Plaza Hotel.


Sekian Terima Kasih.
NARAZA BIN MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
18hb Januari 2017.



























