Terengganu, Malaysia

Apa penjelasan SPR lewat umum calon

http://buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/prnsarawakpenamaancalon8.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/04/prnsarawakpenamaancalon8.jpgBuletinonline masih menunggu penjelasan dari pimpinan PAS Terengganu yang mengetuai jentera pilihanraya PAS Terengganu di Muara Tuang tentang mengapakah SPR lewat membuat pengumuman berkenaan calon-calon yang bertanding.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

Dengan pengumuman tersebut bererti, bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Bantahan yang dikemukakan oleh pihak PAS 3 minit sebelum masa bantahan tamat didakwa menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Namun sekiranya ia benar-benar satu bantahan yang tidak berasas, mengapa SPR tidak mengumumkan nama-nama calon yang bertanding lebih awal, sebaik tamat proses pencalonan pada jam 12.00.

(Gambar; Setiausaha Perhubungan PAS terengganu, Haji Yahya Ali, Penolong Setiausaha Haji Hanafiah Mat dan yang Timbalan DiPertua PAS Besut antara pemimpin PAS Terengganu yang telah berkampung doi Muara Tuang)

Dan sekiranya bantahan tersebut adalah sekadar bantahan biasa, mengapa pula dilaporkan para pegawai SPR dan pasukan BN berpeluh-peluh mencari penyata kewangan tersebut?

Dalam masa satu setengah jam, sesiapa sahaja boleh tiba dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Masa 90 minit itu juga adalah cukup bagi pihak BN menyiapkan penyata kewangan baru kepada calon BN yang telah gagal menghantarnya sebelum ini.

Mengapa masa itu terlalu lewat………adakah SPR memberikan masa kepada pihak BN untuk mngemukakan dokumen tersebut?

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah dimumkan oleh SPR akan ditentang calon BN Mohamad Ali Taib yang juga adik kepada raja Sarawak taib Mahmud.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan