Terengganu, Malaysia

PRN Sarawak; Pegawai SPR tidak bersedia

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/04/kakaniselepasisytihar.jpgKOTA SAMARAHAN – Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali melahirkan rasa kesal terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana para pegawainya yang bertugas dipusat penamaan calon N15 DUN Muara Tuang  seolah-olah tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Pengerusi SPR apabila dimaklumkan pegawai bertugas di Dewan Suarah Kota Samarahan lambat mengumumkan calon, walaupun selepas tempoh penamaan tamat.

(Gambar – calon PAS Noraini (Kak Ani) bersama suaminya mengangkat tangan kepada para penyokong selepas diumumkan sebagai calon)

“Saya dalam perjalanan bila Datuk Mahfuz (Naib Presiden PAS) kata tak isytihar lagi (calon) dekat pukul 1 (petang), hubungi Tan Sri Aziz (Pengerusi SPR) tak jawab, saya SMS, minta dia buat arahan,

“tak lama (lepas gitu) dia (Tan Sri Aziz) jawab dia dah tolak bantahan (oleh pihak PAS),”jelasnya ketika menerangkan mengapa pengumuman calon yang bertanding menjadi lewat di Muara Tualang.

Katanya dalam peraturan SPR selepas bantahan dibuat, tidak dinyatakan tempoh waktu sehingga bila, sesuatu bantahan itu diterima atau ditolak.

Oleh itu, menurutnya, pegawai pilihanraya yang bertugas telah merujuk kepada pihak atasanya bagi mendapat pengesahan berlkaitan penyata kewangan calon BN Datuk Mohd Ali Taib pada pilihanraya negeri lalu dan mengambil masa yang agak lama.

Justeru beliau berkata seolah-olah pegawai tidak biasa menghadapi sebarang kemungkinan dan mengambil mudah dalam proses penamaan calon pada Rabu, 6 April.

“Pegawai (SPR) sendiri nampaknya tak biasa sangat dengan menghadapi suasana (sebarang kemungkinan) sebab dia mudoh berdo’oh (terlalu ambil mudah) dalam perkara itu,”tegasnya ketika mengadakan lawatan ke peti-peti undi dalam DUN Muara Tuang, Khamis 7 Aprill.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah Mat, Penasihat Kontingen PAS Terengganu yang membantu jentera pilihanraya PAS Sarawak di Muara Tuang berkata, SPR turut menolak bantahan PAS berkenaan kesalahan mengisi borang calon BN.

Menurutnya, dalam borang tersebut setelah dilakukan kesalahan, calon BN telah menggunakan pemadam putih (blanco) dan kemudian menulis semula diatasnya tanpa membuat tandatangan pengesahan.

“Dia (SPR) kata hanyalah ‘minor eror’ kesalahan kecil,”ujarnya yang menambah, sekiranya berlaku keatas calon PAS, mungkin pihak SPR telah menolak borang pencalonan tersebut

http://www.youtube.com/watch?v=4dsJ2y-9OC8&feature=channel_video_title

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan