Banjir Semakin Buruk, Khidmat Malaysia Terengganu Diarahkan Bersedia Untuk Operasi Menyeluruh Pada Skala Besar

1959

Melihat kepada perkembangan semasa hujan berterusan mencurah serta cuaca yang tak menentu, semua unit di bawah Khidmat Malaysia Terengganu diarahkan bersedia untuk kerahan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir pada skala besar.

IMG-20170101-WA0032Perkembangan banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Langkap, Hulu Besut, Bukit Besi, Telemong dan Ajil dilihat akan memasuki tahap 3 sekiranya hujan berterusan turun pada malam ini.

Komandan Unit Amal Terengganu telah dimaklumkan untuk meletakkan anggota Amal bersedia untuk operasi skala besar ini pada bila-bila masa.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
3/1/ 2017
6:50 p.m