Hujan Lebat, Air Sungai Melimpah, Sebab Banjir Di Dua Daerah

3714

KUALA TERENGGANU – Hujan yang lebat dan limpahan air sungai telah membanjiri dua daerah, DUN Telemong di Hulu Terengganu dan Pengkalan Berangan, Marang.

jalan kuala Ping2Menurut laporan Pejabat Jurutera Hulu Terengganu jalan T137, laluan Kuala Pueh, Tapah, Payang Kayu, Baung, Kuala Ping dinaiki air sedalam 1.5 meter (Gambar kanan).

Jalan di Kampung Bukit Kepah itu ditutup Untuk semua kenderaan dan para pengguna diminta menggunakan jalan alternatif lain.

Antara kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Basung dimana terletaknya Madrasah Darul Ansar.

Sehingga pagi ini, air masih bertahan dan belum surut lagi.

Pengasasnya Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, beliau dapat merasai, banjir akan malanda apabila hujan turun tidak ‘henti-henti’ sewaktu kembali dari program ‘Jom Ke Masjid’.

Kamaruzaman Karnival Masjd1“Usai menjalankan amanah dalam program Karnival Jom Ke Masjid Di Masjid Jamek Pengadang Baru bersama Tok Adi Tanah Kubur Dan Ustaz Alif Mahari,

“Tiba perkarangan Rumah Dan Madrasah tepat jam 2:30 Pagi dalam keadaan hujan yang Agak lebat tidak Henti-henti.. Terdetik dalam hati, mungkin jika berpanjangan hujan seperti ini air akan melimpah,”tulisnya pada lam sosial beliau.

Benar sekali telahan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu, apabila sebaik sampai di perkarangan Madrasah, yang berkongsi dengan kediamannya, beliau mendapati, air mula naik.

“Sekali lagi Allah menguji Kami dengan limpahan air hujan dan sungai……,”kata beliau.

Kelutut Marang Banjir 2016Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga dan anak-anak pelajar madrasah yang telah membantu memindahkan barang-barang.

“Terima kasih kepada anak-anak Madrasah (yang) baru selesai daurah (kerana) membantu menyelamatkan barang-barang,”tambahnya

Sementara itu, Kampung Kelulut di Marang, telah dinaiki air dan beberapa orang penduduk dilaporkan telah berpindah dari rumah masing-masing ke pusat perpindahan berhampiran.