– MCA semakin biadap setelah berkawan dengan Umno selama 50 tahun
KUALA NERUS – Tatkala MCA secara terang-terangan, semakin ganas dan rakus menghina agama Islam, dimanakah Pemuda Umno dan Perkasa, yang kononnya pejuangan Melayu dan Islam?
Persoalan tersebut diuatarakan oleh Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad ketika beliau menyampaikan ceramahnya di Wakaf Tengah, Tepoh dekat sini, 2 April lalu
“Datuk Ti Lian Ker, MCA Pahang, telah menghantar satu notis saman kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, kerana peraturan yang dibuat tidak mengizinkan sebarang perjudian,
“Chua Soi Lek dalam satu sidang akhbar berkata da mahu mahkamah membuat keputusan samada tindakan itu (MPKB) selari atau tidak dengan perlembagaan persekutuan,”ujarnya
Oleh menurutnya, walaupun sudah lebih 50 tahun Umno berkawan dengan MCA, tetapi MCA tidak berubah bahkan semakin ganas menghina agama.
Selain itu, menurut Suhaimi lagi, Umno juga tidak berkata apa-apa apabila Chua Soi Lek membaca deklarasi satu Konvensyen Ekonomi Cina pada 15 Ogos 2010 yang menggesa kerajaan supaya menghapuskan 30% ekuiti bumiputera.
Malah katanya, pemimpin Umno bersekomgkol dengan ahli MCA seumur hidup yang menghantar surat kepada Perdana Menteri, membantah laungan azan di sebuah masjid di Kampung Kerinci Kuala Lumpur.
Ikuti ceramah penuh Ustaz Suhaimi Saad di Buletinonline Radio
http://www.youtube.com/watch?v=G3JcZNZedP4&feature=channel_video_title








