PIDIE JAYA – Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI ) Terengganu menyerahkan sumbangan bantuan yang dikumpul daripada orang ramai kepada tiga mangsa gempa bumi.


“Alhamdulillah, KAMI menyampaikan sedikit sumbangan kepada tiga keluaga yang dilawati……tidak banyak kalau dibandingkan dengan kerosakan rumah yang mereka alami,
“dan luka serta kesedihan yang mereka lalui,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan tersebut di Kampung Menaso Cobo di sini petang semalam, Selasa 13 Disember.


Beliau berkata, keseluruhan bahagian dapur rumahnya telah musnah digegar gempa berkekuatan 6.5 skala Ritcher, yang terjadi ketika sebelum waktu subuh, Rabu minggu lalu.
“habis semua bahagian dapur rumah saya…….tidak boleh diguna lagi, pihak berwajib sudah maklum dan wakil pemerintah sudah datang melihat kerosakan,
“tetapi saya tidak tahu akan diperbaiki dan tidak pasti samada badan bencana akan memberikan bantuan, katanya sambil menunjukkan persekitaran rumah beliau.


Katanya, kedua-dua rumah mereka musnah ‘total’ dan mereka kini terpaksa tinggal di dalam khemah yang didirikan bersebelahan runtuhan.
“nasib mereka lebih duka’ berbanding saya dan keluarga……..selain cedera patah tangan, rumah mereka runtuh sepenuhnya,
“ke tujuh-tujuh mereka sedang tidur nenyak ketika gempa berlaku…….sedar-sedar, mereka sudah berada dibawah runtuhan,”kataya.
Sehubungan itu, Nazmi berkata, objektif KAMI mengadakan Misi tersebut pada asalnya adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar gempa bumi yang berlaku.


“delegasi KAMI berlepas dari Terengganu pada malam Isnin dan menaiki pesawat terus ke Banda Aceh,
“Setibanya KAMI di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, kami tidak berlengah, ‘langsung’ meneruskan perjalanan ke Pidie Jaya, yang kira-kira 170 kilometer ke pedalaman Aceh, ”jelas beliau.
https://youtu.be/EXeXCJbZzbU




























