Bumi saudara Islam kita Acheh bergegar lagi. Setakat ini angka korban telah mencecah lebih 100 orang.
Atas rasa kebersamaan persaudaraan Islam dan tanggungjawab pemberitaan untuk menghadirkan liputan langsung tragedi kepada dunia, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akan mengadakan misi media dan kemanusian ke Acheh pada 12-14 Disember 2016.
Sebagai sebuah organisasi media yang telah terlibat dalam pelbagai misi liputan dan kemanusian sebelum ini termasuk ke Gaza, Darfour, Sudan, Mindanao dan India, misi ke Acheh bukanlah yang pertama dan yang kesekian kali.
KAMI akan terus bergerak di medan jihad media ini sambil membuka ruang untuk para penyumbang bersama menyumbang bagi kejayaan misi ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tertera.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
Terengganu.
9 Disember 2016











