KUALA TERENGGANU – PAS akan mengerakkan kempen penerangan besar-besaran bagi mendedahkan kepincangan dan salah urus tadbir kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Ketua Penerangannya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebuah buku isu berkaitan perkara tersebut sedang disiapkan dan akan dilancarkan pada Januari 2017.
“In sha Allah, kita sedang menyiapkan penulisan buku tersebut pada peringkat akhir dan akan dilancarkan pada bulan Januari depan,


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatakasa Penerangan dan Hubungan Media di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di sini hari ini.
Oleh itu, beliau berkata, satu Jawatakuasa Khas telah dibentuk bagi menggerakkan ‘Gelombang Penerangan Pilihan Raya Umum Kali Ke-14’ (Gelombang PRU14).
Menurutnya, ‘Task Force’ itu akan diketuai oleh Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu, Raja Rizal Raja Arif.
Sehubungan itu, Raja yang ditemui berkata, Jawatankuasa Khas itu itu digerakkan segera selepas mesyuaratnya yang akan diadakan secepat mungkin.


“Sasarannya ialah menyuburkan minat khalayak terutamanya pengundi kali pertama untuk hadir program penerangan,
“samada taklimat, dialog atau ceramah anjuran PAS dengan menjenamakan semula format penganjuran,”jelasnya.
Beliau berkata, Pemuda PAS Terengganu telah berjaya menganjurkan program ‘Chit Chat’ bersemuka di premis terbuka, berkaitan isu RUU355 ke seluruh negeri Terengganu.
Katanya, konsep ‘PAS Mencari Pelanggan’ yang diadakan dengan mengadakan program bersama anak-anak muda di titik tumpuan (Focus Point), di mana mereka sering berkumpul amat berkesan.
Justeru itu, walaupun PAS tidak dinafikan untuk muncul dalam siaran radio dan televisyen yang dikawal sepenuhnya oleh BN, beliau yakin akses kepada golongan muda dapat dicapai melalui media baru dan aplikasi telefon pintar.



























