Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) terkejut dengan pelantikan beberapa orang yang berpandangan ‘Islamofobik’ dalam kabinet Trump, termasuk Katharine Gorka, yang diberikan jawatan ketua keselamatan dalam negeri.
Organisasi itu berkata dalam satu kenyataan bahawa Gorka mempunyai sejarah mempunyai pemikiran memusuhi Islam dalam tulisan-tulisan beliau melalui laman sesawang ‘White supremacist Breitbart.
Beliau seorang penganalisis keselamatan negara yang kontroversi dan pakar dalam membincangkan ancaman Islam kepada Amerika Syarikat, telah mengkritik bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negera yang melatih ejen-ejennya berfikiraan bahawa Islam adalah agama keamanan.
Gorka juga mengetuai kumpulan pemikir Majlis Keselamatan dan Ancaman Global serta firma perunding ‘Knowledge Group’, telah menyatakan pandangan yang sangat teruk terhadap Islam dan ideologi Islam diperangi habis-habisan.
Beliau juga memberi tumpuan kepada Ikhwanul Muslimin, menerbitkan banyak rencana mengecam kumpulan Islam itu dan amaran terhadap pengaruhnya di Amerika Syarikat dan telah menggesa undang-undang untuk menetapkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas serta Amerika Syarikat mesti mengenakan sekatan ke atas “gabungan, kumpulan yang berkaitan, atau ejen Ikhwan.
“Beliau telah berkahwin dengan Sebastian Gorka, seoran lagi penyumbang kepada laman sesawang ‘Breitbart News’ dan Sebastian Gorka, yang juga terkenal dengan pandangan Islamofobik beliau,” tambah CAIR dalam kenyataan itu.
Gorka menyertai senarai kontroversi yang dilantik Trump, termasuk Stephen Bannon, bekas ketua ‘Breitbart’, Michael Flynn, yang telah mengisytiharkan bahawa ketakutan orang Islam tidak rasional, dan KT McFarland, yang telah berkata bahawa Rusia Vladimir Putin layak Hadiah Nobel Keamanan.
Pautan terkait;
Anti-Muslim Activist Katharine Gorka Named to Homeland Security Transition Team






























