Felda Hilang Hampir RM5 Bilion, Peneroka Pula Hilang RM240 juta Sejak 2012?

1784

Apabila pengurusan Felda gagal melunaskan bayaran hasil jualan BTS mengikut jadual atau kelazimannya, ramai peneroka termaksuklah Jawatan Kuasa Kemajuan, Keselamatan Rancangan ( JKKR) sanggup berdemo aman di hadapan pejabat pengurusan tanah rancangan. Mereka mengagih simpati agar duit jualan mereka disegerakan dan dibayar tunai setelah resit timbangan jualan BTS diserahkan.

Walaupun nilai jualan mereka tidaklah sebesar keuntungan yang diperolehi Tan Sri Isa Samad hasil jualan saham Felda Glober Vanture (FGV) beberapa tahun lalu, nilai hasil peneroka ini sangat besar untuk meneruskan kehidupan dizaman serba serbi mahal dan naik harga. Rakyat Malaysia dikenakan GST 6 peratus dari setiap item barangan yang mereka beli termasuklah makanan asas. Walaupun mereka terpengaruh dengan jaminan kerajaaan makanan asas tidak dikenakan GST dan berpuluh ribu barangan pengunaan mereka akan turun harga selepas pelaksanaan GST.

Malang berganda apabila peneroka Felda terpaksa membayar 6.25 peratus faedah setiap penggunaan pendahuluan kewangan atau pinjaman dari Felda. Kini! peneroka Felda kehilangan peruntukan pembangunan sosial sejak tahun 2012. Lazimnya sebelum penyenaraian FGV, Felda memperuntukan RM60juta setiap tahun untuk tujuan ini. Oleh kerana Felda sendiri hilang pendapatan RM1.2 bilion setahun hasil dari pendapatanan ladang yang tidak dimasukan peneroka seluas 360 hektar. Jumlah pendapatan tertinggi sewaktu harga komuniti sawit berada diparas tertinggi sekitar RM800 satu metrik tan, Felda memperolehi sehingga RM1.8 bilion setahun.

Naraza1Sejak penyenaraian FGV 2012, Felda hanya dijanjikan bayaran saguhati atau pampasan tahunan RM500 juta setahun daripada RM1.2 bilion yang diperolehinya sebelum ini. Itu pun mengikut maklumat dalaman dan sumber yang boleh dipercayai, FGV hanya membayar RM500juta pada tahun pertama dan sehingga sekarang 2016, Felda tidak menerima lagi hasil serahan tanah 360 hektar ini. Jika maklumat ini tersasar, pihak Felda boleh perbetulkan atau memberi penjelasan sewajarnya.

Apabila Felda sendiri tidak menerima hasil ini, mana mungkin Felda boleh meneruskan peruntukan pembangunan sosial kepada peneroka seluruh negara seperti sebelum ini.Nilai peruntukan tahunan RM60juta sangat besar kepada pengurusan tanah rancangan untuk merangka plan pembangunan sosial di tanah rancangan selian mereka di 11 wilayah Felda seluruh negara.

Menurut pandangan penganalisis koperat, “mana mungkin pelabur dan pemegang saham FGV bersetuju untuk mengagihkan RM60 juta setahun kepada peneroka Felda”.

Inilah kesan besar hasil dari penyenaraian FGV terhadap peneroka Felda seluruh negara. Apabila Felda kehilangan ‘angsa bertelur emas’ peneroka Felda juga akan terkesan dengan kehilangan 360hektar tanah yang sebelum ini diuruskan oleh Felda Plantation sebelum penyenaraian FGV. Peneroka Felda sewajarnya mendapat penjelasan sebenar berkaitan perkara yang menjadi persoalan besar ini.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 November 2016 / 28 Safar 1438 H.