Khidmat Malaysia Kemaman Bersiap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan

2048

Oleh : Wan Zawawi

KEMAMAN – Sekiranya berlaku banjir pada tahun ini, Khidmat Malaysia Kemaman telah bersedia dari segi petugas, sukarelawan, perkakas dan alatan, serta bot dan komunikasi, dan lain-in keperluan yang berkaitan dengan dengan musibah itu.

Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman Haji Nik Abd Rahim berkata, pihaknya telah selesai mengadakan latihan lapangan untuk menghadapi banjir pada tahun ini yang melibatkan seramai 70 orang peserta dan petugas.

Khidmat Malaysia Kemaman2Katanya, para peserta tersebut datang dari kempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kemaman dan beberapa NGO.

“Latihan diadakan selama dua hari satu malam ini, dengan peserta yang datang daripada DUN Air Putih, DUN Chukai, DUN Kijal, DUN Kemasik, Unit Amal, NGO & Sukarelawan telah mencapai objektif nya,

“Terima Kasih kepada Khidmat Malaysia Terengganu dan semua DUN Kawasan Kemaman yang telah memberi sokongan serta sumbangan sehingga perancangan yang di buat sebulan lepas telah menjadi kenyataan hari ini,”ujarnya ketika ditemui di lokasi latihan di sungai kawasan Lubuk Batu, Mak Lagam, dekat sini.

Beliau berkata, sepanjang latihan ini yang berakhir hari ini, 19 November, para peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran pengendalian kecemasan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas banjir berlaku.

Dua orang jurulatih bertauliah, katanya, dipanggil khusus untuk mengendalikannya dan berakhir hari ini 19 November.

Khidmat Malaysia Kemaman3“Ini bermakna para petugas kita samada yang tamat latihan pada jam tiga petang ini bersama dengan ahli-ahli yang telah terlatih sebelum ini, dalam siri satu dan dua, bersedia untuk di panggil pada bila-bila masa,

“Walau bagaimana pun, kita tetap berdoa agar bencana banjir besar saperti yang berlaku dua tahun lalu tidak berlaku di Terengganu khususnya di Kemaman, in shaa Allah ,”ujarnya lagi.

Majlis Penutup latihan telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Zon Timur, Haji Zulkifli Mat Yakim

Dalam ucapannya beliau berkata, latihan seumpama itu tetap diteruskan pada tahun hadapan dan bagi meningkatkan kecekapan dengan penambahbaikan dari masa ke semasa.

“Dan latihan ini boleh dijadikan modul contoh di seluruh Negeri Terengganu,”tambah beliau