Keputusan UPSRI; Tahniah Kepada Semua

1230

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) telahpun diumumkan sebentar tadi. Saya sebagai Pengerusi Lajnah Persekolahan Dewan Ulamak PAS Terengganu, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh calon, guru-guru dan juga warga kerja yang terlibat dalam menjayakan UPSRI tahun ini.

Secara keseluruhan pencapaian yang diperolehi pada tahun ini memuaskan dengan peratusan lulus semua mata pelajaran 42.3 peratus meningkat sebanyak 8.28 peratus berbanding tahun lalu. Manakala peratusan gagal semua mata pelajaran juga menurun daripada 5.98 peratus pada 2015 kepada 4.7 peratus tahun ini. Sementara bagi peratusan Gred Purata turut bertambah baik kedudukannya kepada 2.48 berbanding 2.57 pada tahun lalu.

Pada tahun ini, Madrasah Darul Taqwa Batu 6, Kuala Nerus, telah berjaya memperolehi Gred Purata 1.95 yang mengatasi enam buah lagi sekolah lain di dalam negeri Terengganu yang berada dibawah kelolaan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu. Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan Darul Taqwa Batu 6 atas kecemerlangan ini. Semoga menjadi pencetus semangat bagi memberikan lebih komitmen di tahun-tahun mendatang.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Pengerusi Lajnah Persekolahan
Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu
16 Safar 1438 bersamaan 16 November 2016