Jabatan Penerangan PAS Terengganu Lancar Kutipan Dana Alatan Media

2181

KUALA TERENGGANU – Seluruh para penderma yang muhsinin diseru menyalurkan sumbangan untuk mengisi tabung dana bagi membeli alatan media.

DSCF9022Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia merupakan senjata utama kepada PAS untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Muslimin muslimat, para penderma, kami memohon sangat-sangat agar tuan-tuan dapat memberi sumbangan bagi menjayakan kerja-kerja penerangan untuk peralatan yang kita sebut ini, belanjanya lebih kurang RM7000 atau RM8000,

“Ini merupakan senjata utama dalam kita untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Walaupun peperangan Syria memerlukan senjata, peluru tetapi inilah senjata paling utama untuk kita dedahkan (penyelewengan BN) kepada masyarakat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Penerangan PAS Terengganu semalam, Rabu 9 November, di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.

IMG-20161110-WA0041Menurutnya, dengan alatan media ‘drone’ dan kamera video itu, Jabatan Penerangan akan membongkar penyelewengan, ketirisan, rasuah dan berbagai bentuk pembaziran yang telah dilaksanakan kerajaan BN.

“kami akan sampaikan kepada rakyai secara teknologi (media) yang hari ini lebih canggih, Insya Allah,

“Minta tuan-tuan pakat derma sebagai sedekah jariah, pahala yang akan mengalir sehingga hari kiamat, in sya Allah,”jelas beliau.

Sehubungan itu, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM500.00 bagi tujuan tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor kepada Ustaz Mohd Noor.

https://youtu.be/8dwHuFgxQu0