BESUT – PAS dan Pakatan Rakyat telah membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khusus membincangkan agenda berkenaan pilihanraya tersebut Isnin lalu.
“Pada Isnin baru ini, kita telah mengadakanb mesyuarat Pakatan Rakyat dibincang agenda khusus pilihanraya Sarawak,
”bagi PAS kita telah menghantar Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat bersama Timbalan Presiden untuk berbincang dengan ahli-ahli PAS di Sarawak,”ujarnya dalam sidang media selepas majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno di Jerteh, semalam 19 Mac.
(Gambar – pemuda PAS membawa panji-panji dan menyerahkan kepada Musrsidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, dalam majlis perasmian PGU2 di Besut semalam)
Menurutnya pembahagian kerusi dikalangan parti-parti dlam Pakatan Rakyat hampir selesai dan PAS bercadang akan bertanding pada enam kerusi.
Walau bagaimana keperluan bertanding pada kerusi-kerusi yang lain, akan dilihat dari masa ke semasa.
“Saya dimaklumkan peringkat awal kita mencadangkan 6 kerusi untuk bertanding, walaupun demikian kita lihat lagi keperluan-keperluan itu,”jelasnya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap, rakyat akan menjadi hakim yang adil dan media menjadi saksi dalam menghadapi pilihanraya tersebut.
Katanya, PAS juga mengalu-alukan sebarang penyiasatan telus dan adil dilakukan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud atas tuduhan rasuah dan dapat didedahkan kepada rakyat sebelum pilihanraya berlangsung.
”Yang penting ialah supaya maklumat sampai ke bawah, maksud saya supaya pilihanraya diadakan secara demokrasi bukan sahaja pilihanraya itu kertas undi, calon yang bertanding dan parti yang bertanding, tetapi termasuklah kebebasan media,
“Apa yang penting ialah rakyat mendapat maklumat yangsepenuhnya termasuk penyelwengan yang dikatakan berlaku di Sarawak sepatutnya diketahui oleh rakyat,
”kita mengalu-alukan semua pihak yang terlibat membuat penyiasatan secara adil dan telus supaya sebarang penyelewengan dapat didedahkan kepada rakyat sebelum pilihanraya supaya rakyat benar-benar menjadi hakim,”tegasnya
http://www.youtube.com/watch?v=URx5kVoBOcc&feature=channel_video_title








