DUNGUN – Tiada perkataan lain yang dapat diucapkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, selain beliau minta bersabar dan redha dengan ujian dari Allah.
“Bersabarlah…..semoga diberi kelebihan oleh Allah……..,”kata beliau ketika menziarah Muhammad Fahzan Izani bin Ibrahim, 35, di kampung Paya Dusun, Batu Lima Dungun, dekat sini, semalam.
Muhammad Fahzan telah menderita, mengidap sakit kanser paru-paru yang kronik, tahap empat sejak tahun 2014 yang lalu.
Beliau yang sebelum ini berkerja sebagai pengurus operasi di syarikat Imtiyaz Travel di Kuala Terengganu terpaksa berhenti disebabkan masalah kesihatannya.


Yang sulong berusia tujuh tahun dan belajar di Sekolah Rendah Sultan Omar dan yang kedua umur lma tahun belajar di PASTI Masjid Lama Kampung Sura serta yang bongsu masih berumur tiga tahun.
Keluarga Muhammad Fahzan umpama ‘sudah jatuh’ di tumpatangga, apabila isterinya yang hanya bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di Sekolah Rendah Sultan Omar, disahkan pembantu mengalami penyakit Leukemia tahap satu.
Sebelum beredar dari rumah itu, Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka menghulurkan sedikit sumbangan peribadi beliau untuk meringankan bebanan keluarga tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berhajat untuk membantu, mengurangkan penderitaan keluarga Muhammad Fahzan, bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas, menghubungi beliau sendiri di talian 019-9185296 atau terus disalurkan ke Akaun Maybank No: 563091005313 atas nama beliau sendiri.





























