Menjelang ‘Tahun Melawat Terengganu 2017’ yang akan bermula pada Januari depana, berita Pengerusi Kumpulan Kembara Terengganu (Terengganu Adventure Group -TAG) dimasukkan ke Kecemasan Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganutidak boleh dipandang rimgan.
Wan Mohd Adib Wan Zain, yang menjadi jurucakap bagi ‘kluster’ Rekreasi Dan Gaya Hidup Sihat pada Kongres Rakyat Ogos lalu, disahkan mengalami jangkitan virus leptospirosis atau kencing tikus.


“Kebetulan pula…….saya pun nak ke Sungai Kelmin, tapi sebelah atas lagi,”ujarnya ringkas, selepas mengetahui saya juga akan destinasi yang sama, tetapi lokasi yang berbeza.
Selepas itu kami berpisah, saya meneruskan perjalanan bersama Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team – PAKAT), untuk membuat liputan Kembara Santai bersama Ketua Polis Daerah (KPD).
Ketika sampai di lokas perkhemahan kami, KPD Kemaman Mohd Said Ibrahim memberikan peringatan kepada semua peserta Kembara agar menjaga kebersihan dan jangan membuang sisa makanan merata-rata.
“ini yang menyebabkan tikus datang…..sebab ada sisa makanan…….sebab itu virus leptospirosis atau kencing tikus merebak,”ujar beliau.


Saya dimaklumkan, doktor yang merawat beliau menyatakan, jantung dan hati beliau telah dijangkiti kuman, virus tersebut.
Saya berdoa kepada Allah, semoga Setiausaha Majlis Tindakan DUN Paka itu, berikan lah kesembuhan dan tidak meninggalkan sebarang mudharat.
Jangkitan kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.
Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan boleh membawa maut.


Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.
Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Tanda atau gejala jangkitan kencing tikus terbahagi kepada beberapa fasa dan yang pertama ketika pengeraman di antara dua hingga 26 hari.
Mereka yang dijangkiti anak mula merasa demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
Selain itu, pesakit akan mendapat batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
Radang selaput mata juga adalah sebahagian gejalanya dan pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.


Alhamdulilah, beliau kini sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.
Pada 16 September 2016 lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, pengusaha premis seperti kedai makan, restoran dan kantin yang biasanya menjadi tumpuan populasi tikus juga wajib mengutamakan aspek kebersihan termasuk menutup pinggan dan bekas makanan serta minuman yang telah dibasuh dan melupuskan sisa makanan.
Beliau meminta masyarakat menjaga kebersihan termasuk bahagian dapur rumah kediaman mereka bagi mengelak jangkitan bakteria kencing tikus atau leptospirosis kerana jangkitan boleh berlaku sama ada jika terminum atau menyentuh air kencing tikus tanpa disedari.
Menurutnya, dari Januari hingga 31 Ogos lalu, jumlah kes yang disyaki leptospirosis dilaporkan sebanyak 441 kes dan daripada jumlah itu 158 kes (36 peratus) adalah disahkan positif melalui ujian makmal dan terdapat peningkatan kes (yang disahkan oleh ujian makmal) sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.


“Manakala kedua berlaku di sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Daerah Setiu pada Mei lalu melibatkan tiga kes yang disahkan melalui ujian makmal. Manakala bagi kes-kes ‘sporadic’ (tidak ada kena-mengena), hanya melibatkan lima kes (3.3 peratus) daripada jumlah yang dilaporkan mempunyai sejarah ke tempat rekreasi.
“Sebab majoriti kes-kes (sporadic) mempunyai sejarah risiko pendedahan pada persekitaran rumah. Setakat ini, terdapat hanya satu kes kematian leptospirosis di melibatkan seorang pekerja Indonesia dari sebuah Ladang Sawit di Kemaman,” katanya kepada Sinar Harian.
Juteru itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya, meletakkan ‘faktor kebersihan’ sebagai syarat dan termayang perlu diutamakan, menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.
Tidak ada majnyanya, merangka agenda yang hebat-hebat, namun lokasi tumpuan utama pelancong yang bakal mengunjungi Darul Iman tidak menepati ciri negeri yang beriman, kerana sesungguhnya ‘Kebersihan itu sebahagian daripada Iman’.






























