Keganasan Tentera India Berterusan di Jammu dan Kashmir

2526

Pencabulan hak asasi manusia di wilayah yang dikuasai dan ditadbir India, Jammu dan Kashmir, adalah satu isu yang berlaku berterusan.

Penyalahgunaan kuasa berlaku menyebabkan pembunuhan beramai-ramai, kehilangan orang ramai yang tidak diketahui, penderaan, rogol dan penderaan seksual serta penindasan politik dan penindasan kebebasan bersuara .

kashmirviolence_1Terbaharu, lebih 1631 orang awam telah dipukul di muka dengan ‘pellet’, kayu panjang umpama rotan oleh angkatan tentera India.

Ia terjadi semasa 115 hari kebangkitan dengan 1100 mengalami kecederaan pada mata masing-masing.

Data penderaan awam itu disusun daripada pihak hospital menyatakan, beratus-ratus orang yang dibalun dengan kayu ti masih menunggu giliran untuk pembedahan pembetulan wajah.
Sementara itu, pemimpin Mohammad Yousuf Naqash dan Javaid Ahmad Mir telah mengecam pihak berkuasa India kerana melakukan penangkapan berterusan dalam lembah indah Kashmir itu.

Pelanggaran hak asasi manusia juga menyaksikan pertempuran maut antara penunjuk perasaan dan polis sejak begerapa bulan lalu.

kashmir2Masyarakat Islam antarabangsa telah menyuarakan kebimbangan terhadap ‘keganasan’ yang dilakukan oleh pasukan bersenjata India.

Setiausaha Agung OIC, Iyad Madani telah menyatakan bantahan 57 anggota badan kerjasama Islam dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak dalam menghadapi keadaan keselamatan yang semakin merosot di Kashmir.

“Keadaan ini semakin teruk bukannya lebih baik dan ini tidak boleh diteruskan,” kata Madani.

Kashmir, sebuah kawasan majoriti Muslim, sengaja dibahagikan antara India dan Pakistan oleh British yang meninggalkan negara tersebut tanpa menjelaskan sempadan wilayah yang bergolak itu.
Majoriti penduduk Kashmir mahu menamatkan pemerintahan India dan menikmat kemerdekaan sepenuhnya atau bergabung dengan jiran seIslam dengan Pakistan.

kashmir1Mereka telah lama menggesa pihak berkuasa India dan PBB untuk mengadakan satu referendum mengenai masa depan rantau ini.

Namun kerajaan Hindu yang menjadi majoriti di India telah menolak sebarang cadangan pengundian banhkan sebaliknya bertindak ganas dan kejam terhadap penduduk Kashmir.

“Kita tidak perlu takut dan bimbang kepada referendum,” kata Madani, sambil menambah bahawa ia terpulang kepada rakyat Kashmir untuk menentukan masa depan mereka.

Lebih daripada 68,000 orang telah terbunuh sejak kumpulan mujahidin mula berjuang menentang tentera India pada tahun 1989.