Oleh : DMS
SETIU – PAS negeri Terengganu khususnya Kawasan Setiu hari telah kehilangan seorang lagi tokoh pejuang, permata yang pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti, apabila kembali ke rahmatullah dan dijemput mengadap Ilahi awal pagi ini.


Beliau yang menghidap penyakit jantung telah di masukkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Saabtu lalu kerana sekali lagi di serangan sakit itu.
Menuruy anak sulongnya Ustaz Fakhrulrazi, pada hari Ahad, kira-kira jam 9.25 pagi, beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Allahyarham yang di lahirkan di Kampung Apal,Jabi pada 15 November 1952 di telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Ittifaqiah,Jerteh (1964-1969) dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA),di Batu Buruk,Kuala Terengganu pada tahun 1970-1973.
Atas beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan beliau hanya menyambung kembali pengajiannya pada tahun 1981, dalam Jurusan Pengajian Islam, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Beliau mewakili PAS di DUN Jabi 1985, menentang calon BN, Hassan bin Said dan berjaya mengutip 2,941 undi, manakala lawannya memungut 3,491 undi.
Kemenangan yang memihak kepada calon BN itu, dengan majoriti 550 undi telah mempertemukan mereka sekali pada Pilihanraya Umum 1990 dan Allahyarham berjaya merampas kerusi Dun Jabi dengan majoriti 1,036 undi.
Namun pada Pilihan Raya Umum 1995 beliau yang mempertahankan kerusi DUN Jabi tewas dengan majoriti 27 undi kepada calon BN, Mohd Lukman bin Muda dengan yang seterusnya membuka peluang kepadanya untuk meneruskan perburuan ilmunya.
Beliau menyambung kembali pengajiannya di UKM, di peringkat Sarjana, pada tahun 1997, dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam.


Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merakamkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam diatas pemergian beliau.
“Dengan pemergian beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi pada tahun 1990, BPPNT kehilangan seorang tokoh yang sangat gigih di dalam perjuangan parti.
“Sumbangan dan jasa beliau begitu besar, bukan hanya kepada PAS bahkan kepada kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri yang sangat aktif, memberikan pandangan dan mengambil bahagian dalam setiap perbahasan,”ujar Pesururhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Manakala YDP PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir ketika di hubungi merakamkan ucapan takziah buat balu beliau Puan Raina Abdul Rahman serta keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergiannya adalah satu kehilangan yang sukar di cari ganti oleh PAS khususnya.


Solat Jenazah allahyarham Ustaz Zahari telah di imamkan oleh adiknya Ustaz Abdul Zaman@ Bakri bin Mohamed kira-kira jam 3 petang.
Ia dihadiri sama oleh Ustaz Satifulbahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 1, Dr. Alias Razak, Ketua Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussein Awang, ADUN Alor Limbat YB Ustaz Ariffin Deraman dan Penolong Setiausaa PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi dan lain-lain.
Turut hadir ialah pemimpin PAS Kawasan yang di ketuai oleh Ustaz Saharizukirnain bersama Ahl-ahli Jawatankuasanya serta masyarakat setempat.





























