Oleh : DMS
SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit akan memulakan pembinaan Pusat Tarbiyyah Islamnya bagi melahirkan kader untuk meneruskan perjuangan Islam serta dapat membekalkan ilmu pada masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat telah diberi penghormatan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah dan Solat Hajat sempena ‘meletakkan kerja’ pembinaan Pusat itu.


“ini adalah tanggungjawab kita untuk melahirkan para daie melalui proses pendidikan dan tarbiyah,
“perlu ada rasa izzah, yakin dengan perjuangan Islam, dan hari ini kita telah meletakkan batu asas untuk meneruskan kebangkitan Islam yang sedang berlaku sekarang ini,”ujarnya
Beliau berkata demikiaan ketika berucap di tapak pembinaan Pusat Tarbiyah itu, di Jalan Pecah Rotan, Kampung Darat Batu Rakit, dekat sini pada Jumaat 7 September.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berharap Pusat Tarbiyyah yang akan di bina akan menjadi satu mercu tanda khususnya di Batu Rakit dan Setiu amnya.
Katanya, ia adalah penting dalam usaha membawa mayarakat kepada Islam seterusnya memberi kemenangan kepada PAS untuk mentadbir negeri Terengganu pada pilihan taya umu yang akan dating.
Sehubungan itu, Pengerusi MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias berharap semua pihak dapat sama-sama merealisasikan pembinaan Pusat Tarbiyah itu.


“(dan) kita membuka ruang sepenuhnya kepada semua umat Islam di mana sahaja agar dapat menyumbang samada menghantar bahan mentah untuk pembinaan atau sedekah dan lain-lain,
“agar pembinaan ini berjalan dan siap secepat mugkin,”jelasnya.
Justeru itu, beliau berkata, sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi beliau sendiri di talian 0145053142 dan sumbangan wang ringgit boleh terus di salurkan kepada akaun CIMB Islamik No. 8602481035.
“saya mengucapkan terima kasih dan semoga Allah memberikan lasana setimpal kepada semua yang telah dan akan memberikan sumbangan,”tambah beliau






























