Fitnah ‘Pegawai ADUN Khalwat’; Ustaz Mohd Nor buat laporan polis

945

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/umnorfitnah.JPGKUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk ‘Pegawai ADUN mengaku khalwat’.

Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet.

Ketika ditemui media selepas membuat laporan, Ustaz Mohd Nor berkata laporan tersebut dibuat kerana berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berunsur fitnah serta memalukan dirinya sebagai wakil rakyat.

Beliau meminta pihak polis supaya segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita (PAS) minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, beliau rasa kesal dan malu kerana akhbar yang melaporkan berita tersebut telah mengaitkan beliau selaku Adun Bukit Payung dengan fitnah khalwat yang dilaporkan, telah dilakukan oleh ‘Pegawai Adun Bukit Payung’.

“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu menafikan beliau kenal dan tidak ada kaitan dengan orang yang disebutkan oleh akhbar tersebut sebagai ‘Md Din Jusoh’

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

http://www.youtube.com/watch?v=_j8CHwuXJPc&feature=channel_video_title
“Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.

“Ini fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks. Sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai.” jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak peguam dari dari Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung