HIMPIT Kumpulkan Lebih 3000 Pemuda

1657

Oleh : Mohd Nasir Abdullah

KUALA TERENGGANU – Program Himpunan Pemuda PAS Terengganu (HIMPIT) kali ini berjaya mengumpulkan kira-kira 2000 orang pemuda PAS dari seluruh kawasan-kawasan di negeri Terengganu.

Himpunan tahunan yang diadakan di Kemasik bersempena program PAS Harapan Untuk Semua (HARAP), turut menarik minat golongan dewasa dan kanak-kanak untuk sama-sama memeriahkannya.

Beberapa wakil Pemuda PAS yang ditemui, jelas gembira dengan jumlah penyertaan yang ramai ini dan melahirkan keyakinan yang positif bahawa PAS mampu merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu.

HIMPIT20161Seorang Pemuda PAS dari Kawasan Dungun Muhammad Khan Ali berkata, program HIMPIT tahun ini meriah dan mendapat sambutan orang ramai dan beliau berkeyakinan PAS akan menang PRU14 nanti.

“HIMPIT tahun ini meriah dan mendapat sambutan dari orang ramai.

InsyaAllah PAS akan menang pada PRU 14 nanti atas dasar sokongan rakyat kepada pemimpin yang zalim telah jatuh dan pimpinan PAS akan menggantikan mereka,” katanya yakin.

Sementara itu seorang lagi perserta HIMPIT Ustaz Muhammad Faizol Abdullah turut melahirkan keyakinan bahawa PAS akan kembali memerintah Terengganu berasaskan faktor-faktor semasa.

Jika berpandukan HIMPIT ini, beliau melihat penyertaan lebih ramai anak-anak muda yang kelihatan begitu bersemangat menyertai konvoi bermotor serta aktiviti-aktiviti lain, begitu memberangsangkan bagi PAS menghadapi PRU nanti.

“Dari segi kehadiran tu, awal-awal lagi kita tengok alhamdulillah sambutan anak-anak muda yang konvoi motor, 4X4, Alhamdulillah sangat memberangsangkanlah, ramai.

Dari konteks PRU, insyaAllah Nampak anak-anak muda ni ada kebangkitan dari segi masalah yang berlaku dalam negara kita, GST, masalah pimpinan, insyaAllah PAS boleh menang,” tegas beliau.

FaizolUstaz Faizol yang juga Ketua Pemuda PAS Dun Telemong, turut meyakini masalah kekurangan maklumat dan cakna sebilangan besar anak muda di kawasan pendalaman terhadap isu-isu negara ini akan dapat diatasi.

Tambah beliau lagi, tugas dan peranan yang tepat, mesti dimainkan oleh Pemuda PAS bagi mendekati golongan yang kurang pendedahan ini untuk menerangkan kepada mereka apa isu yang berlaku di dalam negara.

Beliau percaya jika Pemuda PAS memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik perhatian anak muda ialah sukan dan hiburan yang menepati syarak yang mana melalui program sebegini, PAS boleh mendekati mereka semua.

Beliau juga berharap agar persempadanan semula tidak akan dilaksanakan kerana ianya tidak kelihatan adil terutama bagi PAS.