Sokong RUU 355 Untuk Penyelesaian Gejala Sosial

952

MARANG – Sokongan semua pihak amat diperlukan agar pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen nanti, memandangkan isu-isu gejala sosial yang meruncing sekarang.

Pemangku Ketua Muslimat Terengganu Hajah Zarani Othman berkata, Malaysia dilaporkan oleh badan kesihatan dunia, antara negara yang paling ramai, remajanya hamil.

IMG_20160926_142845“Kes aktiviti seksual di kalangan remaja 13 – 17 tahun meningkat sebagaimana di laporkan Harian Metro pada Mac 2015, data rekod dikeluarkan World Helath Organisation (WHO), 2005 – 2011,

“Malaysia berada tempat keempat daripada 10 negara dalam kes yang berkaitan kehamilan remaja berusia 15 – 19 tahun,

“ini suatu yang amat membimbangkan, dimasa akan datang, ianya akan bertambah meruncing,”ujar beliau.

IMG_20160926_142941Justeru, menurut beliau, pindaan yang dibawa oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang, akan memperkasakan mahkamah syariah.

“jadi penyelesaiannya, kena sokong dan doakan Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di parlimen dan mandat untuk memiilih pemimpin yang beramanah dalam Pilihanraya Umum(PRU)14 nanti,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Hati Ke Hati yang diadakan di rumah seorang muslimat, di Pengkalan Berangan di sini pada sabtu, 24 Oktober.

Turut berucap pada program anjuran Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media Muslimat itu ialah Pengarah Pilihanraya Muslimat, Hajah Shamsiah Abu Bakar.

IMG_20160926_143126Beliau menyentuh kebimbangan umum tentang meningkatnya bilangan ‘anak yang tidak sah taraf’, seramai 159, 725 orang pada tahun 2013 seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, malapetaka yang lahir dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional ini mesti dibendung dan dihentikan sama sekali.

“Kelahiran (anak tak sah taraf) melahirkan kebimbangan (dan) bilangannya yang akan terus meningkat, jika pemerintah hari ini dibiarkan terus menerajui negara,”tegasnya.