MARANG – Muslimat Negeri Terengganu digesa menggalas ‘tugas besar’ menjadi pemudahcara bagi memenangkan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Pemangku Ketuanya Puan Hajah Zarani Othman menyeru para Muslimat mengatur gerak kerja bagi kebajikan walaupun menghadapi kesukaran pada persempadan baru yang dicadangkan SPR.
“kita sebagai muslimat sebenarnya menggalas tugas yang besar bilamana amanah sebagai pemangkin kemenangan di berikan kepada kita dalam suasana politik sekarang ini dan persempadanan semula oleh SPR sedikit sebanyak menjejaskan susun atur gerak kerja kita.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Liqa’ Mujahidah Asma’ yang diadakan di sebuah ‘Resort’ di sini pada Sabtu 24 September.
Liqa’ tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKDK DMPNT) bertujuan membentuk pasukan Skuad Khidmat yang mantap dan berkeyakinan .
Seramai 130 peserta terdiri daripada Skuad Khidmat Muslimat Dewan-dwan Undangan Negeri di seluruh negeri Terengganu, hadir pada proram itu.
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Terengganu Tuan Roslina Tuan Sulaiman mahu setiap langkah yang diatur dalam program itu dapat digerakkan segera.
Katanya, pelaksanaannya mestilah mencapai matlamat ‘politik matang dan sejahtera, bertunjangkan Islam yang syumul.


“pulanglah ke kawasan masing-masing berbekalkan apa yang kita telah bincang dan bentangkan pada hari ini untuk kita terus menjadi pemancu kepada masyarakat di luar sana supaya aktiviti kita tersusun dan mencapai matlamat sebagaimana harapan PAS kepada kita,” pesan beliau.
Manakala Bendahari Lujnah Kebajikan PAS Terengganu Haji Zulkifli Mat Yakim, ketika menutup program itu meminta muslimat membina kekuatan dalam berorganisasi.
Menurutny, dengan susunan itu, ia akan menghasilkan gerak kerja yang mantap dan konsisten.
“kita mahukan Skuad Khidmat muslimat ini perlulah membina kekuatan dalam berorganisasi supaya dapat melakukan gerak kerja yang lebih mantap dan konsisten.
“Selain itu juga perlu diingat bahawa gerak kerja kita bukan sahaja hanya berkaitan dengan kebajikan semata-mata tetapi dalam menyebarkan dakwah juga amat penting kepada masyarakat sekeliling,”jelas beliau





























