oleh : Syed Azizudin Syed Abu Bajar
KEMAMAN – Bertempat di Pantai Chendor, Persatuan Usrah Tarbawi dan Pemuda Usrah telah mengadakan program santai keluaga bersama para pemuda sekitar Kemaman.


Program dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Persatuan Usrah Tarbawi Kemaman, Ustaz Zulfari Mohammad.
Dalam ucapan perasmian, beliau menekan betapa perlunya pemuda mendekati aktiviti-aktiviti dakwah agar tidak mudah terjerat oleh gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa kini.
“Islam memandang penting peranan pemuda dalam kemajuan masyarakat dan keutuhan negara. Justeru, pemuda perlu bimbingan yang berterusan agar terbentuk jati diri sebagai pemimpin masa hadapan,” kata beliau.


Program diisi dengan acara pertandingan jerat ketam, solat berjemaah di pantai, pertandingan futsal dan streetdakwah.
Mengakhiri program, penyelaras program, Ustaz Muhammad Nurhilmi mengajak para pemuda yang ingin bersama dalam NGO Usrah berhubung melalui fb Pemuda Usrah @ page Pemuda Usrah Tarbawi.





























