Alam Ria PASTI Bermula

3603

Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan

KUALA TERENGGGANU – Masjid Rusila mula dibanjiri kontinjen dan pengunjung yang akan bertarung dan bertanding dalam Alam Ria PASTI peringkat kebangsaan yang akan bermula mulai hari ini semalam.

alam ria pasti2Pengarahnya Ustaz Sulaiman Sulong berkata, negeri Terengganu mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen dan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada semua peserta dan pengunjung yang tiba.

“Persiapan akhir masih giat dijalankan dengan kerjasama dari semua tenaga terutama penduduk setempat dan pemuda serta warga PASTI sendiri bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna,”katanya ketika ditemui di tapak program semalam Jumaat 23September.

Beliau berkata, kehadiran awal kontinjen dari beberapa negeri termasuk dari Sabah dan Serawak menambahkan keceriaan dan kemeriahan program tahunan yang akan menyaksikan pertarungan bagi merebut juara dilihat lebih mencabar.

alam ria pasti1“Pagi ini, selepas kuliah Jumaat yang akan disampaikankan oleh Tuan Guru Presiden PAS di Masjid Rusila, beberapa persembahan khas sempena Alam Ria Malaysia akan diadakan di Dewan Tok Guru,” katanya.

Kemunculan maskot animasi Hadi dan huda akan mencuit perhatian orang ramai yang menjadi lambang kepada model anak yang soleh dan solehah, tambah beliau.

Justeru itu, beliau berharap semua acara yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita berdoa dan berharap agar program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berjalan sebagaimana yang dirancangkan, tambah beliau lagi yang juga merupakan Pengarah Kokurikulum Jabatan PASTI Malaysi,”katanya lagi.

https://youtu.be/BtWkTT6Lq40

https://youtu.be/nt1nAoLOG0A

https://youtu.be/9r6CbbKjRrw