HARAP 3.4; 50% Persiapan Telah Selesai

1037

KEMAMAN – Hampir 50 % kerja-kerja persiapan telah diselesaikan oleh Jawatankuasa Persiapan Himpunan Harapan Semua Kali Keempat (HARAP 3.4) yang akan berlangsung di Kemasik, pada 28 September hingga 1 Oktober ini.

Pengarah Persiapan Hj Hanafiah Mat berkata sehingga kini, 115 orang usahawan sudah mendaftarkan diri untuk berniaga pada programselama empat hari itu.

Harap 3.4“Alhamdulillah, hampir separuh kerja-kerja persiapan sudah beres……bekalan elektrik ‘tiga fasa’ sementara akan d
isambung oleh Tenaga Nasionak Behad (TNB) mulai esok (hari ini),

“dan kerja-kerja pemasangan pentas utama serta ‘canopy’ utama bermula hari ini,”ujarnya ketika ditemui semalam, Rabu 21 September, di tapak HARAP 3.4, berhadapan Sekolah Rendah Kemasik.

Beliau yakin, semua persediaan menghadapi Himpunan tersebut akan dapat diselesaikan sebelum Majlis Perasmia Karnival Jualan sempena HARAP 3.4 pada 20 September nanti.

Oleh itu, beliau percaya ‘Kemasik’ sudah bersedia menerima seramai 50,000 orang tetamu yang dijangka membanjiri melebehi 50 ribu dataran tersebut.

“kita mengharapkan seluruh warga pekan ini turun beramai-ramai untuk senaman jasmani atau riadhah, menyertai acara berjalan kaki 10 ribu ‘langkah HARAP’,

“untuk sama-sama kita menyatakan bahawa perlunya penuatuan ummah kearah sebuah kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN),”tegas ADUN Chukai itu.
Katanya, antara kemudahan lain yang sudah dimulakan kerja-kerja pemasangannya ialah lima bilik air untuk lelaki dan lima untuk pengunjung perempuan.

“Kami sediakan lima buah bilik air untuk lelaki dan lima untuk perempuan untuk para pengunjung sepanjang empat hari empat malam HARAP 3.4 dengan dengan pelbagai acara yang menarik,

“sebuah kanopi besar juga akan dibangunkan yang juga boleh digunakan sebagai ruang solat, dan selepas acara ‘Langkah Harap’ pada Sabtu, kita akan sediakan jamuan rakyat untuk 8,000 orang,”jelasnya.