‘Sentuhan Korban’ Santuni Pengawal Keselamatan

1190

KUALA TERENGGANU – PAS bukan sekadar turun kepada masyarakat untuk berpolitik tetapi seiring dengan melebarkan sayap kebajikannya merasai jerih pahit hidup golongan marhaen.

SoudPengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Buruk Ustaz Mohd Soud Said (Gambar kanan)  berkata, bulan Zulhijjah membuka ruang kepada umat Islam meningkatkan ‘pengorbanan’.
Menurutnya, selain mengagih-agihkan daging korban pada hari-hari Tasyrik, amalan kebajikan boleh diteruskan dengan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Oleh itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh NGO KT Care, memasak lauk untuk makanan yang diagihkan kepada 15 buah sekolah di dalam DUN terbabit.
“program menyantuni Pengawal Keselamatan ini, memberikan makan tengahari, sudah kali kedua di adakan di Batu Buruk,

“ternyata mereka amat gembira dan berterima kasih kerana ingatan PAS pada mereka,”jelasnya ketika ditemui di sekolah terakhir, Sekolah Rendah Sri Budiman, pada Isnin 19 September.

IMG-20160920-WA0026Turut sama mengiringi beliau dalam program ‘Sentuhan Korban’ itu ialah Ketua Halwa Puan Napisah Muda dan Pengerusi KT Care Puan Azizah serta Ketua Ketua NGO Batu BB Care Puan Azra Harun.

Sehubungan itu, salah seorang penerima ‘nasi bungkus’ itu Faisal Ahmad, 32, ketika ditemui mengucapkan terima kasih keatas ‘penghargaan’ PAS itu.

“bagus kalau masyarakat luar dapat lihat jasa dan sumbangan ‘Jaga’ (Pengawal Keselmatan) kepada anak-anak mereka di sekolah sepanjang hari dan sekali-sekala menghargai kami saperti hari ini,

“terima kasih PAS kerana perihatin,”ujarnya.