Saingan Alam Ria 2016 Lebih Sengit

2759

Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan

KUALA TERENGGANU – Alam Ria Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada tahun ini dijangka bertambah menarik dengan kehadiran kontinjen PASTI daripada Sabah dan Sarawak, yang julung kali menyertainya di peringkat kebangsaan.

“Kita menjangkakan saingan sengit akan berlaku bagi menjuarai setiap acara……..ditambah dengan persiapan yang rapi oleh setiap kontinjen.

alam ria pasti“Cabaran untuk menjadi yang terbaik ini akan digalas oleh 550 orang peserta, mewakili 14 negeri, di dalam lapan acara iaitu Khutbah, Azan, Sajak, Bercerita, Hafazan, Pidato, Kalam Jamai’e dan Nasyid,”jelas Pengarah PASTI negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong.

Ketika dihubungi hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada PASTI Pusat dan bersyukur kerana Terengganu dipilih menjadi tuan rumah.

Beliau yang juga Pengarah Alam Ria 2016 berkata, ia adalah aktiviti tahunan bagi mencungkil bakat cilik anak-anak pelajar PASTI melalui pertandingan dalam membentuk dan membina keterampilan dan jati diri mereka.

Katanya, Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2016 itu akan diadakan di Masjid Rusila, Marang Terengganu pada 23 dan 24 September ini.

“Alam Ria adalah acara tahunan PASTI Malaysia bagi mencungkil bakat cilik anak PASTI melalui pertandingan yang dipertandingkan dalam membentuk dan membina,

alam ria pasti 2016“keterampilan dan jati diri anak-anak bagi memenuhi visi PASTI kearah melahirkan insan soleh pintar,”ujarnya.

Oleh itu, katanya, bagi memberi keselesaan kepada ibu bapa dan pengunjung, urusetia menyediakan enam dewan sebagai tempat pertandingan.

Beliau berkata, kemuncak Alam Ria PASTI Malaysia 2016 akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Disamping itu, katanya, banyak aktiviti menarik yang telah disusun bagi memeriahkan temasya pada kali ini.

Antaranya ialah, kata beliau, program didahului dengan kuliah dhuha pagi Jumaat, Persembahan Khas Alam Ria, Santai Bersama Abang Long Fadhil, Kuliah Maghrib oleh Ustaz Halim Din dan penampilan khas Shoutul Amal.

“Jamuan Rakyat juga akan disediakan kepada pengunjung dan epanjang program, pihak penganjur mengadakan Karnival Jualan bagi memeriahkan suasana program yang In sha Allah,

“akan bermula dari hari Khamis 22 September dan berakhir pada hari Sabtu 24hb,”tambah beliau.