Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan
KEMAMAN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai mensasarkan 100 peserta Kem Motivasi Peperiksaan yang akan diadakan pada Sabtu hadapan, 24 September.
Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN YB Haji Hanafiah Mat, kem yang ditawarkan secara percuma itu akan diadakan pada Sabtu, 24 September 2016 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.


“Kita (DUN Chukai) akan tangggung semua makan minum peserta kem termasuk fasilitator sepanjang kem berlangsung,
“Pemuda PAS Dun Chukai mesti mendapatkan peserta seramai 100 orang untuk menimba manfaat daripada kem ini,”katanya.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Ustaz Osamarizal Omar berkata, program tahunan tersebut akan diadakakan lebih awal memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang.


“sepatutnya kem berlangsung pada Disember 2014,”jelasnya.
Beliau menambah, ‘fasilitator’ Kem kali ini adalah terdiri dari para pencermah yang berpengalaman akan membentangkan empat kertas kerja, yang bakal memberi semangat bagi para pelajar menghadapi peperiksaan.
Justeru itu, katanya, ibu bapa yang berminat diminta menghubungi pihak Urusetia secepat meungkin bagi memastikan tempat bagi anak-anak mereka.
“Ibubapa yang berminat untuk hantar anak- anak ke Kem Motivasi Peperiksaan ini bolehlah hubungi Encik Maududi selaku Pengarah Program di talian 012- 370 4588,
“atau Ustaz Mujahid Din selaku Setiausaha program di talian 013- 970 2053,”ujarnya lagi




























