PAS Perlu Menjuarai Bidang Media

1048

Oleh : Salam Muhammad

KEMAMAN – PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam perlu menjuarai bidang media sama ada media ‘konvensional’ atau media baru.

Yamg DiPertua PAS Kawasan Kemaman berkata, PAS perlu menyaingi kekuatan musuh dengan tenaga-tenaga baru dalam mendepani cabaran mendatang.

Bengkel Media Kemaman2“kekuatan musuh kita (ada) pada 3M iaitu ‘media, money and machinery’ (media, wang dan jentera) perlu ditandingi (dan) kita wajar melahirkan tenaga-tenaga baru untuk menyaingi mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat,

“Hal ini penting untuk memikat hati rakyat agar mereka dapat bersama-sama menyertai perjuangan kita.”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Media PAS Kawasan Kemaman pada 17 September, di pejabat PAS, di sini.

Menurutnya, objektif Bengkel itu adalah untuk melahirkan seramai mungkin bakat-bakat penulis dan pemberita yang dapat memberi sumbangan kepada parti dalam aspek penerangan.

Seramai 9 orang peserta yang mewakili keempat-empat DUN dalam Parlimen Kemaman, hadir pada program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu.

Bengkel Media Kemaman1Wartawan Harakah Khairul Azlam Mohamad telah membetang dan membincangkan ilmu asas penulisan dan aspek-aspek fotografi yang bersesuaian dengan kehendak pemberitaan.

Sementara Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Sazali Mohd Noor pula mengisi slot Kemahiran Komunikasi Media dan Pengendalian Media Sosial seperti blog, twitter dan facebook.