Misi Kemanusiaan Ke Sudan Membawa Amanah 700 Ekor Korban

1308

KUALA TERENGGANU – Seramai 21 orang anggota mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi menyempurnakan Misi Kemanusiaan Korban Aqiqah di bumi Sudan.

Menurut Pengarah Misi Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, delegasi kali ini di ketuai oleh Pengerusi YAMCT Dr Suhazeli Abdullah.

Katanya, rombongan tersebut membawa amanah korban sebanyak 700 ekor lembu dan 600 kambing yang kebanyakanya adalah bahagian yang disumbangkan rakyat negeri Terengganu.
“Alhamdulillah pada hari ini, 9hb September, 21 orang rakyat Malaysia, orang Terengganu akan ke Sudan, untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi mewakili umat Islam di Malaysia.

Screenshot_2016-09-10-01-48-08“pada kali kita berjaya mencapai sehingga 700 ekor lembu dan hampir 600 hingga 700 ekor kambing dan kita memilih Sudan kerana ia adalah sebuah negara yang kita tahu keadaan umat islam yang sangat daif apatah lagi diuji dengan kedatangan pelarian-pelarian dari Somalia,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, sejurus sebelum berlepas, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, tahun ini adalah merupakan tahun ke-empat bagi YAMCT ke Sudan dan akan memberikan tumpuan bantuan daging-daging korban ke kem-kem pelarian.

Katanya, Misi kali djangka berlangsung selama 11 hari ini akan berakhir pada 20 September 2016, turut disertai beberapa NGO lain seperti Sahabat Care, We Care Marang dan Pertubuhan Pembangunan Insan Kelantan.

Selain itu, sebanyak 10,000 naskah wakaf al-Quran juga akan diagihkan ke sekolah-sekolah, masjid dan lokasi yang memerlukan, hasil sumbangan orang ramai.

“satu lagi program yang kami lakukan adalah program wakaf al-quran untuk madrasah-madrasah, pelarian-pelarian yang berada di sana,

”yang sangat susah untuk mendapat senaskah al-quran untuk dijadikan bacaan, hafalan dan pembelajaran.

Justeru, beliau bagi pihak YAMCT mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas komitmen dan semangat yang telah diberikan kepada delegasi tersebut.

“Jadi terima kasih kepada semua di atas komitmen dan semangat yang telah disampaikan kepada kami,”tambah beliau.